Tuesday, July 28, 2009

Kejohanan Satu Malaysia UMP-Kosmo! Varsity Futsal


:Edited by Liza, all rights reserved:

Pada 25 Julai 2009 lepas, telah diadakan pertandingan futsal anjuran Kementerian Pengajian Tinggi bersama akhbar KOSMO! dan Pusat Sukan Universiti Malaysia iaitu Kejohanan Satu Malaysia UMP-Kosmo! Varsity Futsal 2009 di Arena Ria Futsal, Indera Mahkota, Pahang. Pertandingan tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu kategori lelaki bawah 21 tahun, kategori lelaki bawah 23 tahun, kategori terbuka lelaki dan juga terbuka wanita.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini dan telah mendapat sebanyak 44 pasukan yang menyertai serta turut mendapat penyertaan daripada pelajar antarabangsa. Setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai, medal dan juga sijil penyertaan. Juara futsal akan mewakili UMP ke Grand Final di Uniten pada bulan Oktober ini.


From left: Hidayah, Nadiah, Normas, Azimah, Liza, Nadzirah
Left bottom: Syikin, Janagi, Aina and Zue


Narah ingin menceritakan serba sedikit mengenai salah silah asal team kami. Narah memang da lama minat main futsal ni. Cuma x dapat peluang nak main. Kebetulan semasa survey camp di Lumut tempoh hari diadakan permainan futsal perempuan yang mana 4 pemain perempuan, satu goalie lelaki.Ape lagi, semangat membara la nak masuk. Mase main pun gunakan ilmu yang adik pernah ajar sket2 dulu sal dribble bola. Alhamdulillah, dpt gak skor mase tue. Kire cam x sia2 adik ajar dulu, dpt apply gak.Mase tue egt main2 je. Tetibe abg2 senior dtg approach bg semangat especially brader Clarent dan cadangkan tubuhkan team and kate gak nak rekemen narah kat coach UMP. Clarent siap gelar narah kaki laju lagi..erk mende tue? Actually, agak terkejut dan terharu gakla coz diorg tengok narah main. Rase mcm banyak je kurang kat diri ni. Mase tue tetibe dpt semangat membara mcm lilin biru nak tubuhkan team futsal.

Balik je ke UMP, rase gian lagi nak main futsal. Tengah usha2 STD, tetibe ternampak announcement sal kejohanan kosmo varsity futsal. Ape lagi teruja gila nak tubuhkan team. Narah memang mengalami masalah mencari ahli team. Apatah lagi kena cari 10 orang dan lebih merumitkan kena ada 2 kaum yang berbeza. Aduyai. Abis satu kuliah narah yang chinese narah tanya. Sume yang main futsal ade komitmen dengan benda lain. Try tanya rommates. Mereka pun rekemenkan Janagi.Katanya bagus keeper. Kak ila pun try msg die. At first die kate x nak. Then kak ila tanya lagi, dan narah amatla bersyukur yang Janagi akhirnya bersetuju untuk join team kami.Thanx kak ila! (^_^)


:Posing pas habis match. Letih dow, tp maintain..hehe:

Banyak halangan yang dilalui sepanjang menubuhkan team ni. Ada yang nak masuk then kuar balik then nak masuk balik. Ade yang terikat dengan komitmen lain, keluar balik. Ada yang x berminat tapi then tup2 masuk team lain. Sampai satu tahap narah rase macam nak give up je tubuhkan team. Seb baik bila Janagi masuk dan bagi komitmen tinggi, Narah rase makin semangat nak tubuhkan team. Abes sume narah tanya termasuk mintak tolong member tanyakan member diorg nak masuk ke x. Alhamdulillah, Allah memperkenankan usaha dan akhirnya tertubuhla team yang diberi nama Bola Ribut. Narah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penubuhan team ini. Terima kasih sgt2.

Team kami terdiri dari narah sendiri, nadiah, syikin, azimah, hidayah, liza, janagi, zue, aina dan normas. Ekoran kerana semangatnye nak main dan memikirkan kami perlu training, narah dengan dayah pun pergilah beli sebiji bola futsal dan juga pam bola di East COast Mall kerana letih nak ulang alik ambil bola kat kompleks sukan.huhu. Narah rase kemenangan team ni walaupun pertama kali enter futsal dan baru 2 minggu lebih ditubuhkan bukan kerana seorang pemain sahaja, tetapi kerana berkat kami sekumpulan hampir setiap hari turun training di belakang KK1. Walaupun training pun training2 ayam je, tapi rase penat lelah dan usaha kami berbaloi jua. Kami berjaya mendapat tempat ketiga!! Yang bestnye dapat wang tunai RM100, medal dan sijil penyertaan. Syok banget!! Congrats kat my teammates! You guys done such a wonderful job! (^_^)


:Mengganas tok match seterusnya. Kononnya..Rrr..hehe:

Sebenarnya narah agak terkilan kerana tak dapat nak bermain dalam beberapa match dan hanya main 3 match dan alhamdulillah dari 3 match, 2 yang menang manakala satu seri. Terkilan berganda lagi2 match semi dan final x dpt nak main coz demam makin teruk. Kire mcm narah terpaksa direhatkan coz mmg da semput mase tu,degil lagi main bola, da kena marah ngan adik narah..haha..tapi tok kebaikan gak kan. Pasrah jela..huhu. Narah harap perjuangan team Bola Ribut tidak berakhir di sini. Anyway, semangat berpasukan yang tinggi dan kemesraan yang telah terjalin diharapkan agar sentiasa erat antara kami. Semoga match seterusnya, kami dapat pula merangkul gelaran juara pula selepas ini. Insyaallah. X lupa juga ucapan tahniah dan syabas buat setiap pemenang pertandingan futsal ini. It's been a wholesome and enjoyable journey. In short, I love my team! Hidup Bola Ribut!!!

Monday, July 27, 2009

Award from Fadzrul Hisyam



Thanx Hisyam for the award. This is the first ever award I've received. Really appreciate it. Thanx again hisyam! (^_^)

Sunday, July 26, 2009

SIFE National Competition PWTC



Hey ya all. Love to share some of my experiences as a SIFERS. Pada 19 Julai lepas, narah dan 7 other Sifers mewakili club SIFE UMP(Universiti Malaysia Pahang) ke SIFE National Competition di PWTC. Antaranya kak Indrada, Teoh Yeong Chia, Neoh Boon Yeong, Afis, Raymondee, Ammar dan Raja Gopal. Pertandingan ini memerlukan Sifers untuk membentangkan projek yang telah kami lakukan sepanjang di dalam kelab ini. Selain itu, pertandingan ini melibatkan 14 universiti dan kolej di Malaysia yang bertanding seperti USM, UITM, UMS dan Sunway College. Ekoran kami hanya menjalankan 2 projek sahaja pada sem lepas, maka kami menjalin kerjasama pula bersama Presiden IEM UMP, Mohd Ammar Firdaus dan juga Presiden Extreme UMP, Raymondee Junior Julius yang kedua-duanya merupakan pelajar tahun empat fakulti kejuruteraan kimia.


Dari kiri, Afis, Raja, Ray, Ammar, kak Inn, me and Teoh. Neoh tertinggal coz ambil gambar..huhu


Bersama trofi dan sijil penyertaan

Kami membentangkan tentang projek under UMP IEM Student Section oleh Ammar dan Raja Gopal tentang Englink atau lebih dikenali sebagai Engineering Linkage. Manakala Ray pula membentangkan tentang Explosion Prevention. Presentation kami perlu menepati beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh SIFE iaitu environmental sustainability, market economics, entrepreneurship, business ethics dan financial literacy. Sesuatu yang menarik mengenai pertandingan ini adalah pemenang akan mewakili SIFE Malaysia ke Berlin, Germany pada Oktober ini.



Kak Indrada selaku senior SIFE sangat terharu dengan penyertaan kami kerana ini kali pertama SIFE UMP menyertai pertandingan ini setelah 2 kali hanya menjadi observer.Kami menginap di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur yang ditanggung sepenuhnya oleh SIFE Malaysia. Memang seronok sangat sepanjang berada di sana. Makan pun best2 je kat PWTC expecially time lunch.hehe. Sepanjang kat PWTC pun kami sering dihidangkan dengan teh dan kopi sepanjang tempoh pembentangan. Meskipun kami x berjaya ke semi final setelah ditewaskan oleh UM, namun pengalaman sepanjang berada di sana amatlah berharga di mana kita dapat membina kabel dengan pelajar dari universiti lain yang kebanyakannya ada name card sendiri dan juga dapat mengenali tokoh-tokoh korporat dari company2 besar seperti Sime Darby, Shell dan KPMG to name some. Ia merupakan satu platform di mana kita dapat menonjolkan diri kita dan bak kata pepatah melayu tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Ia merupakan satu big oppurtunity manala tahu, jika dapat bekerja di bawah company besar?


Kami dapat buku Graduan free! Bagus buku ni. Ada contact number established company in Malaysia

Melihatkan kepada keputusan pertandingan, UMS berjaya menjadi juara menewaskan UiTM yang telah menjadi juara selama 6 kali berturut-turut tanpa kalah. Efforst UMS wajar dipuji kerana telah memberikan pembentangan yang sangat hebat dan they deserve the winning as mereka telah berlatih selama berbulan2 lamanya berbanding dgn kami yang hanya berlatih selama 2 minggu sahaja..hehe


Tea break!

Meskipun diberi penginapan yang baik tetapi untuk lunch dan dinner is not provided. Jadi kami pergilah ke restoran nasi kandar yang berdekatan pada petang first day kami di hotel. Yang narah musykilnye, nama kedai nasi kandar tapi petangnye x jual lak nasi kandar..malam br jual. aduyai..da la nga mengidam nak nasi kandar..haha..Makanan di sana just nice and ada cerita lucu di sebaliknya. Neoh seorang yang mmg ske makan. Makanan die x lengkap kalu x de ayam dan telur. Narah selalu gak bahan die, ske main2 marah die. haha. Tapi die seorang yang easy going and take it easy. Tue yg best kwn dgn die. Waktu kami nga makan di restoran tersebut, tiba2 ada org yang x berapa betul menyapa tauke kedai. Mintak air. Tapi tauke tue kate ble bg pun ais kosong jak. Org tue x puas ati lalu buat bising dekat tmpat kami. Narah mmg seriusly cuak sgt masa tue.Sbb die mmg berada hanya beberapa sentimeter away dari narah. Seb baik xde pape dan tambahan pula Neoh duk depan narah, so x la takut sgt. Pas dr org tue pergi tetiba Neoh memegang garfu yang disoroknya di kakinya. Katanya, I grab this for 'self defense'. Kami semua punyala gelak. Narah sendiri as a gurl pun x wat cmtue, die advance berapa kaki dr narah. Memang gelak abesla ritu. Seronok sgt.


"SIFE UMP: Together as One for Excellence"

Malam tu pulak diserikan dengan kehadiran brader Bob. Die merupakan ex preseiden IEM UMP dan kini telah bekerja as Mechanical Engineer. Brader tersebut mmg seorang yang peramah dan kelakar. Die pun kaya dengan nasihat dan bijak memberikan idea2 bernas untuk memperbaiki presentation group kami. End of the day, kami makan pula di Jalan Chow Kit. Masa tue juga terserempak dengan Mak Nyah dan Gay yang berpeleseran di tepi jalan. Masa tue, immediately Kak Inn grab narah dan Teoh. Narah pun rasa safe gak coz brader2 ada jaga dan juga Neoh yang slalu berada kat belakang ktorg tolong jaga ktorg. Thanx to all.


Jalan Haji Taib!

Malam seterusnya kami membuat lawatan yang x disangka-sangka ke Jalan Haji Taib. Jalan ini mmg terkenal dengan aktiviti gelap nye. Ape aktivitinya? I let you all guess. Tujuan kami nak cari tempat makan sebenarnya tetapi ntah macam mana kawasan tersebut dekat lak dgn kedai makan mamak yang kami cari. Narah agak seram sejukla coz although narah lahir K.L tetapi narah x pernah pula nak lepaking area K.l malam2 camtue. Di tepi jalan pun ada menjual ubat2 yang dikatakan 'kuat' untuk sumthing2. X perlulah dinyatakan disini. Nasib baik sepanjang perjalanan kami, semuanya under control. Pas makan tue kami pun mengambil kesempatan bergambar sepanjang on da way nak balik ke bilik. Kire mcm our last night di Hotel Grand Seasons.



Unexpectedly, dekat dalam hotel tersebut ada satu kelab. Planet Mumbai namanya. Kire macam tempat org gi clubbing sume la. Kami ingatkan nak g coz ada performance, tetapi narah rase cam x proper la plak kalu narah g. Tapi kalu nak g pun, just nak usha dalam die mcm mana je. On da way nak g tue, kami nmpk la segolongan org2 yang badan nya besar keluar dr club tersebut. Agak fobia la gak tgk. Terus kak Inn tarik kami sume. Rase lega gak x masuk, takut gak coz macam ada byk heavy drinker je kat dalam, bak kata org mencegah adalah lebih baik dari mengubati..huhu



Overall, malam tue jenjalan mmg penat. Tapi mmg enjoyla keluar dengan diorg semua. Kami rapat seolah2 macam da lama kenal. Mmg best. Kami end up balik bilik tgk cerita Stephen Chow lak. Back to School 2 x silap namanya. Memang lucu abes la. Guling2 gelak je tgk cite die.



Last day mmg x dapat nak dilupakan. Apatah lagi, kami lepaking di KLCC plak. Makan lak kat Secret Recipe. Yang syoknya makan kat sini, En.Reduan belanja. En.Reduan merupakan penasihat SIFE UMP yang mmg sporting abes. Thanx En.Reduan for the treat! Kalu narah taw, musti narah da order kek da.hihi..


At Secret Recipe


At Taman KLCC


The only girls in the team

Tapi apa2 pun sepanjang dua hari kami di sini mmg belajar banyak benda2 baru. How to present ourself to people. But still, narah rase narah perlu mantapkan lagi communication skills. Especially sifat pemalu narah. Camne nak kurangkan sifat pemalu yg menebal ni..aish..korang ada tip x?

Saturday, July 25, 2009

Survey Camp 21 June 2009


-Charlie Angel, Narah jd Lucy Liu coz paling pendek.haha. Cameron Diaz ngan Drew Barrymore tue Nadiah ngan Liza.hehe-


Group F mase kat dewan


Group F masa da abes wat presentation



















Assalamualaikum and salam sejahtera to all!

Hari tue da janji da nak update cite sal survey camp.Akhirnya baru ada time. Lately busy gile. Dengan club SIFE, futsal dan assignment..bole bingong kepala ni da..

Ok back to basic, survey camp ni diadakan pada 21 june 2009. Kami membina petempatan kekal selama 2 minggu di Amir Chalet, Kg Baharu, Lumut, Perak. Ha, bkn main panjang lagi nama die. At first, kedatangan kami ke sini mmg x sangka dan menyangka. Mane xnye, nama 'Chalet' tapi da rupa mcm homestay. Tapi homestay way better kot. Kedatangan kami ketika ingin menjamu selera di ruang makan disambut dgn kehadiran sang lalat yg melimpah ruah dr mana hala pun x taw. Member narah da menghamun2 da lalat tue. Abes putus selera makan die.huhu...Narah pun first2 makan tgn asek naik je..bkn naik nak menampar lalat yang sememangnye mustahil, tetapi nak melindungi makanan yg nak disuap ke mult tapi x pas2 lagi.huhu..But akhirnya ekoran da biasa dengan fenomena sedemikian, dapat juga membiasakan diri dalam situasi tersebut. Syabas to all!

Kat atas yang awal2 tue group narah. Group kami dinamakan group F. Die ada Group A sampaila I. Geng2 narah ni terdiri daripada narah, nadiah, liza, nana, din dan juga pidot. At first agak janggal sket nak sesuaikan diri ngan diorg. Lelama..aduyai lucu2 group narah ni. Tapi segroup ngan diorg sgt best. Semua ada kerenah masing2. Kire mmg x pressure wat keje. Enjoy je..Cume yg tension tue sal kulit da tukar kaler la..muka da serupa goggle da bila tanggalkan spek.haha. Kire group ni pun agak berbakat gak dalam sukan. Bola tampar dan futsal. Kire dua2 conquer. Tapi futsal xde rezki..xpela, yang penting narah jumpa satu member yang ske main futsal. Nadiah dan liza. Mmg syukur ngatla..Kitaorg siap wat team sendiri lagi..

Tapi credits should be given to Amir Chalet and staf2 UMP yang mmg best dan sporting. Memang caring abes. Masa narah main futsal x pakai kasut pun diorg tanya dan suruh pakai kasut. Tapi semangat nye pasal, so belasah je main. Sampai luka2 kaki kena batu. padan muka. haha. Alhamdullilah dan syukur sgt bila dapat skor hatrik masa main futsal. Memang kenangan gile la. Sebab narah mmg ske sgt futsal coz slalu main dgn adik. Walaupun x la hebat mana, tapi insyallah bole la polish2 sket. Balik umah nak train ngan adik la.hihi

Yang gambar bwh2 sket tue gambar classmates narah. Diaorg pun mmg best. Masa keluar saje2, Zul siap belanja satu kelas char kuey teow ag..Terima kasih zul..Tapi sygnye chakoi die msk mase tue x sedap..huk2..Tapi kemudian, senior group ktorg din lak belanja kami satu group chakoi. Mmg mase tue die masak best plak. Mmg puas atila. Thanks to brader Din gak. Kat sana pun, ktorg siap adventure naek boat lg merentasi lumut. Tapi dekat2 jela, coz lepas ni kami akan belajar mengenai hydro lak. Jadi ilmu survey akan digunakan sedikit sebanyak dalam pembelajaran seterusnya.

Overall, survey camp ni banyak mengajar erti idup..cewah..agakla..mase ni baru la dapat kenal senior2 awam, kalu x mmg x kenal langsung. Senior2 mmg sgt best, abg2 and akk2 sume sporting dan ramah. Masa ni gakla bertemu dg 'betik'.haha. Inspirasi ni. Tapi malangnye betik ni ramai lak peminat die. Tapi satu salute sal beliau ni, die jenis x melayan gurl ngat. Mmg dgn dunia dia sendiri. Mmg respek la. Sekadar syok2 usha cara die ape salahnye kan.haha. Memain je narah ni..aish..Apa-apa pun diharapkan hubungan silaturahim antara kami satu survey camp akan sentiasa mekar hingga hujung nyawa..aminn

Wednesday, July 15, 2009

Cheessy wedges...

Hurm..saje je nak semakkan lagi blog ni dgn cerita2 kek lapis sket..hehe

Nanti narah update lak cite sal survey camp 21hb jun lepas..

Narah da lama ada lesen..lebih kurang setahun beberapa hari..tapi sepanjang awal2 bulan memiliki lesen, langsung x bawak kereta..tapi entah macam mana, masa cuti sem ari tu, determined sangat nak belajar bwk kete auto..mana xnye, kat umah mama dan papa pkai kete auto, so x dapat nak prektis bwk manual lak..wuwu

Da lama tinggalkan zaman kete manual..kat umah ritu alhamdulillah, byk tenaga pengajar yang mengajar narah bwk kete dgn yakin..huk3..antaranya mama, papa, man, lan dan nadiah..diorg yang byk boost confidence narah supaya bwk kete...kalu semua x yakin dan x beri kepercayaan kat narah, entah2 narah pun asek takut2 nak bwk kete kat jalan.



Skang ni syukran, da le bwk da kete round g Kuantan. Da siap bwk kwn2 about 3 kali gi Kuantan last week..tinggal nak bawak rom8 je blom lagi..xpe2, nt nad bwk kak iela,kak syaz ngan nurul lak..hihi..aish...byk tol kuar ritu..asek makan KFC jek..haha..cheesy wedges yang paling sodap..tetiba rasa nak anugerahkan cheesy wedges sebagai makan feveret narah..nyum3..windu lak cheesy wedges..hihi...tapi apa2 pun buah betik tetap di hati..a.k.a 'betik'...(^_^)

Abesla, mai sini tetiba selera makan bertambah..nak x nak kena la cntrol..ayah slalu pesan narah kena jaga makan..jgn smpai badan jd macam big show lak..haha..k la da abes melalut, nanti2 sambung balik..lalala

Sunday, July 12, 2009

Outing with friends!



3 Gambar ni lak masa kitaorg kat Times Square. Best bangat. Kami semua main Theme Park dalam times square tue. Gile ar, narah x naek roller coaster coz takut tapi entah macam mana ternaik plak ride yang lebih takut dari roller coaster! Narah naek 360!! Die pusing satu bulatan.Waahhh..mmg waktu naek tue mmg x bkk mata. Diaorg sume marah coz rugi jek naek tp x tgk. Tapi narah x kesah, kecuakan itu lebih diutamakan..hihi..Siyes, x sanggup dow..mcm nak tercabut je badan rase. Seb baek pkai kasut, kalu pakai sandal, entah melayang pi mana plak. Terhantuk sapa2 ke..takut gak..hehe...

Dalam pada itu, dalam theme park tue ktorg terserempak dgn AC Mizal..tapi x dan lak nak tangkap gambar beliau..cume sempat lambai dan senyum jek..

x dilupakan juga, ktorg main boling..geng girls lawan guys, tapi malangnya Faizal terlalu terer bermain, abes group ktorg kalah. Takpe2, lain kali group girl lak conquer! (^_^)

Yang datang ritu member2 Nadiah. So juz join the club je..hehe..but mmg best.







Gambar atas dan bawah ni lak gambar with my teknik friends. Kitaorg lepak Mid Valley and The Garden. Karaoke kat Red box! Best sgt, smpai jadi rock suara. Suara narah pun masih belum pulih sepenuhnya walaupun da nak dekat 3 minggu da taw! Doakan suara narah jd normal balik..huhu..Yang datang ramai gak. Tapi ada gambar yang x sempat nak ambil. Yang datang Pipah, Ally, Mahani, Izzati Nadiah, Mustaenah, Azrai, Mustaqim dan senior teknik kitaorg pun join gak, Mr.Pie...





This is sort of like my matriculation reunion. Terdiri daripada Azrin, Aqilah, Najmi, Arif, Fahmi dan juga narah nye kawan lama nadiah dan nadia arisha.. Susahkan nama sama?Narah pun mengalami problem nak kenalkan diorg kat member2 matrik narah. hehe. Kiatorg tgk movie ritu, tgk cite blood, the last vampire...ermm, citenya agak slow sket. Bila tgk pun dalam hati asek tertanya2 bile la cite ni nak abes..azrin pun siap wat lawakqueen lak dalam tue..kire cite tue enjoy coz azrin wat lawak je la..hehe



Overall, cuti sem ritu banyak dihabiskan masa dengan member. Tapi at the bad side, suara narah mmg jejas teruk...mane taknye, kuar karaoke je koje..aduyai apela nasib badan..tue la karaoke lagi..hehe..kesimpulannya, jgn la karaoke teruk ngat, kalu rase suara mmg nak jejas2 sket, stop la nyanyi, kalu x...berat..berat...hehe (^_^)

Sunday, June 21, 2009

Sup Ketam dan Nasi Goreng?

Da lama narah x masak. Last2 kerana semangatnya nak improve masak nasi goreng yg lebih sedap drpada sebelum ni ekoran dikritik habis2 oleh adik dan rakan2 nya. Ada kata nape nasi keras, x le jd bini dan mcm2 la. Tapi yg peliknye habis lak semua. haha.

X pernah pun masak sup, apatah lagi tambah ketam pulak. Tapi eager sgt nak learn so main taram jea buat. Mcm2 narah letak. Nasib baik mama kata sedap, x masin tapi bole improve lg katanya.


Siapa2 yang saspek denggi or kena denggi, narah rekemenkan makan sup ketam. Sangat berkhasiat tok kesihatan. Ada kawan kepada kawan narah yg kena denggi mkn sup ketam pagi, malamnya terus keluar wad. Amazing kan?


Ini lak rupa nasi goreng. Kali ni adik kata flavourful, cuma kena kurangkan sayur. Ye baek adinda2 ku, narah taw anda berdua x ske mkn sayur.huhu..

Anyway, pengalaman masak sup ketam sgt bermakna. Sbb first buat n okay. Yang paling best kesihatan adik makin pulih. Love you both brothers. Narah akan practice lebih lagi masak for you guys and mama dan papa. Ritu da lepas da msk black pepper chicken. After this?? hmm just wait ya..hehe

Wednesday, June 17, 2009

Menangislah Kerana Allah



Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:

“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”

Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”

Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”

Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”

Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”

Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”

Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.

Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”

Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

Rasulullah saw bersabda:

“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.

“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”

Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:

“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”

Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.

Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Ini semua Cinta duniawi.

Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...



www.iLuvislam.com