:Edited by Liza, all rights reserved:
Pada 25 Julai 2009 lepas, telah diadakan pertandingan futsal anjuran Kementerian Pengajian Tinggi bersama akhbar KOSMO! dan Pusat Sukan Universiti Malaysia iaitu Kejohanan Satu Malaysia UMP-Kosmo! Varsity Futsal 2009 di Arena Ria Futsal, Indera Mahkota, Pahang. Pertandingan tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu kategori lelaki bawah 21 tahun, kategori lelaki bawah 23 tahun, kategori terbuka lelaki dan juga terbuka wanita.
Kejohanan yang julung kali diadakan ini dan telah mendapat sebanyak 44 pasukan yang menyertai serta turut mendapat penyertaan daripada pelajar antarabangsa. Setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai, medal dan juga sijil penyertaan. Juara futsal akan mewakili UMP ke Grand Final di Uniten pada bulan Oktober ini.
From left: Hidayah, Nadiah, Normas, Azimah, Liza, Nadzirah
Left bottom: Syikin, Janagi, Aina and Zue
Narah ingin menceritakan serba sedikit mengenai salah silah asal team kami. Narah memang da lama minat main futsal ni. Cuma x dapat peluang nak main. Kebetulan semasa survey camp di Lumut tempoh hari diadakan permainan futsal perempuan yang mana 4 pemain perempuan, satu goalie lelaki.Ape lagi, semangat membara la nak masuk. Mase main pun gunakan ilmu yang adik pernah ajar sket2 dulu sal dribble bola. Alhamdulillah, dpt gak skor mase tue. Kire cam x sia2 adik ajar dulu, dpt apply gak.Mase tue egt main2 je. Tetibe abg2 senior dtg approach bg semangat especially brader Clarent dan cadangkan tubuhkan team and kate gak nak rekemen narah kat coach UMP. Clarent siap gelar narah kaki laju lagi..erk mende tue? Actually, agak terkejut dan terharu gakla coz diorg tengok narah main. Rase mcm banyak je kurang kat diri ni. Mase tue tetibe dpt semangat membara mcm lilin biru nak tubuhkan team futsal.
Balik je ke UMP, rase gian lagi nak main futsal. Tengah usha2 STD, tetibe ternampak announcement sal kejohanan kosmo varsity futsal. Ape lagi teruja gila nak tubuhkan team. Narah memang mengalami masalah mencari ahli team. Apatah lagi kena cari 10 orang dan lebih merumitkan kena ada 2 kaum yang berbeza. Aduyai. Abis satu kuliah narah yang chinese narah tanya. Sume yang main futsal ade komitmen dengan benda lain. Try tanya rommates. Mereka pun rekemenkan Janagi.Katanya bagus keeper. Kak ila pun try msg die. At first die kate x nak. Then kak ila tanya lagi, dan narah amatla bersyukur yang Janagi akhirnya bersetuju untuk join team kami.Thanx kak ila! (^_^)
:Posing pas habis match. Letih dow, tp maintain..hehe:
Banyak halangan yang dilalui sepanjang menubuhkan team ni. Ada yang nak masuk then kuar balik then nak masuk balik. Ade yang terikat dengan komitmen lain, keluar balik. Ada yang x berminat tapi then tup2 masuk team lain. Sampai satu tahap narah rase macam nak give up je tubuhkan team. Seb baik bila Janagi masuk dan bagi komitmen tinggi, Narah rase makin semangat nak tubuhkan team. Abes sume narah tanya termasuk mintak tolong member tanyakan member diorg nak masuk ke x. Alhamdulillah, Allah memperkenankan usaha dan akhirnya tertubuhla team yang diberi nama Bola Ribut. Narah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penubuhan team ini. Terima kasih sgt2.
Team kami terdiri dari narah sendiri, nadiah, syikin, azimah, hidayah, liza, janagi, zue, aina dan normas. Ekoran kerana semangatnye nak main dan memikirkan kami perlu training, narah dengan dayah pun pergilah beli sebiji bola futsal dan juga pam bola di East COast Mall kerana letih nak ulang alik ambil bola kat kompleks sukan.huhu. Narah rase kemenangan team ni walaupun pertama kali enter futsal dan baru 2 minggu lebih ditubuhkan bukan kerana seorang pemain sahaja, tetapi kerana berkat kami sekumpulan hampir setiap hari turun training di belakang KK1. Walaupun training pun training2 ayam je, tapi rase penat lelah dan usaha kami berbaloi jua. Kami berjaya mendapat tempat ketiga!! Yang bestnye dapat wang tunai RM100, medal dan sijil penyertaan. Syok banget!! Congrats kat my teammates! You guys done such a wonderful job! (^_^)
:Mengganas tok match seterusnya. Kononnya..Rrr..hehe:
Sebenarnya narah agak terkilan kerana tak dapat nak bermain dalam beberapa match dan hanya main 3 match dan alhamdulillah dari 3 match, 2 yang menang manakala satu seri. Terkilan berganda lagi2 match semi dan final x dpt nak main coz demam makin teruk. Kire mcm narah terpaksa direhatkan coz mmg da semput mase tu,degil lagi main bola, da kena marah ngan adik narah..haha..tapi tok kebaikan gak kan. Pasrah jela..huhu. Narah harap perjuangan team Bola Ribut tidak berakhir di sini. Anyway, semangat berpasukan yang tinggi dan kemesraan yang telah terjalin diharapkan agar sentiasa erat antara kami. Semoga match seterusnya, kami dapat pula merangkul gelaran juara pula selepas ini. Insyaallah. X lupa juga ucapan tahniah dan syabas buat setiap pemenang pertandingan futsal ini. It's been a wholesome and enjoyable journey. In short, I love my team! Hidup Bola Ribut!!!





.jpg)






.jpg)


.jpg)
.jpg)

