Sunday, February 22, 2009

De Hearty - Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


* Let's understand the deep meaning behind this beautiful Nasyid song. Appreciate every woman as a woman is too fragile to be hurt and too special to be praised. Treat women with respect. Insyallah you will find one special women that will always be by your side. Life is like a karma. What u did best to others you will get it back the best! (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

cayang... ader blog xbgtau pown kan... huhu T___T

Nadzirah said...

Haloo sweetie tiqa! Bkn x gtaw, nad br je beginner nie..ktorg ada task, untuk english kena wat blog..hihi