Sebenarnya, program jom masuk U ini antara program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai salah satu cara mempromosikan UMP dan juga Universiti serta kolej swasta yang lain. Terdapat banyak booth yang terlibat dalam program ini.
Program ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita sekarang Dato Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau masih memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri. Program tersebut alhamdulillah berjalan dengan lancar tetapi malangnya on the first day iaitu pada hari Sabtu narah x dapat nak hadir kerana mengikuti program SIFE ke Intekma Resort. Habis melepas x dapat nak menatap wajah Dato Seri Najib masa itu kerana beliau hanya hadir pada hari perasmian sahaja..eKk..ntah pape je narah ni..hehe
Oleh sebab itu, hanya pada hari Ahad sahajalah narah dapat join. Club SIFE terlibat dalam penjualan buku-buku terbitan syarikat penerbitan PTS pada hari Ahad tersebut. Narah dan member2 SIFE yang lain bertungkus lumus bagai belangkas juga nak menyiapkan booth. Narah agak terkilan kerana x dapat nak menyelaras aktiviti tersebut pada hari Sabtu tetapi syukur ahli2 SIFE lain banyak membantu sepanjang ketiadaan narah. Narah ingin mengucapkan trillion terima kasih dan syabas kepada Kak Ema, Azzimah, Ain dan Raja Gopal kerana telah banyak membantu dan bersungguh2 dalam mempromosikan buku PTS dan alhamdulillah kami berjaya mengaut keuntungan pada kedua2 hari tersebut.
Mereka telah memberikan komitmen 200% dalam mempromosikan buku2 tersebut kepada pengunjung. Terutama sekali Kak Ema, Raja Gopal dan Azzimah yang setia menjaga booth dan x kemana2 sgt. Lainla kami ni, x le duk diam..haha..Tidak dilupakan juga sekalung terima kasih pada Malyanah dan rakannya yang sudi membantu pada hari preparing booth dan juga pada Neoh Boon Yeong kerana sudi memberi kami semua lebihan Bihun Goreng daripada hasil gotong royong asrama pada hari Ahad kerana dia adalah ahli JPK yang bertugas mengelola aktiviti gotong royong asrama. Not to forget, mmg sedap bihun die..haha..
Yang paling menarik tentang program ini adalah dengan kehadiran Dr.Faiz Khaleed angkasawan negara yang turut sama memeriahkan program Jom Masuk U di UMP. Kehadiran beliau sedikit sebanyak menambah seri pengantin pada program Jom Masuk U. pengantin?? eKk..Ehmm..Dr Faiz da nk kawin sbnrnye..(dalam nada mengusik) hihi
Ini adalah antara gambar2 yang ingin dikongsi bersama...

Masing2 komited menghiaskan booth. Gunting jgn x gunting.

Sempat berposing di booth UMP yg mmg gempak..booth paling cantik taw..narah dan member la yg crown pun..huk3

Suasana hiruk pikuk booth pada hari Ahad

Gambar kenangan bersama penulis buku Syalina Ahmad.
P/S- maaf ye gambar legam, xde adobe photoshopla, jd ini saja yang ada untuk tatapan.
redha dan pasrah jela ek..hihi

Ni gambar kemuncak segala-galanya..hahaha..jeng2..gambar terhormat dgn Dr Faiz Khaleed. Bukan senang nak tangkap gambar dgn beliau. Pelajar2 semua dok hurung Dr mcm lebah. Dapat ni pun nasib la gak. Kesian pada Dr Faiz, tapi ape2 pun sgt respek dgn beliau. Walaupun penat tetapi, die masih bole menguntum senyuman tok semua org. Semoga Dr. akan berjaya dalam hidup dan dgr kata da nak kahwin dgn pengacara TV3. Cik Syuhada kan x silap? semoga bahagia hingga ke akhir hayat..Amin..
X dilupakan juga, narah dan nurul ada share duet beli Teh Subang Nenek. Pelik kan nama die? tapi sedap ouh..narah minum mmg bg kesan terus. Perut terus memulas. Mmg cr tandas immediately la. Yang peliknya, rom8 narah yg laen minum rilek je. Narah je pelik..awat ek? haha..tp bagus gak dr segi kesihatan teh ni dapat menghilangkan keletihan dan kelesuan. Kire energy drink la kirenye..
In short, handle booth sebenarnya sgt memenatkan. Apatah lg jika kt kn pegang semua buku. Tetapi pengalaman ini sangat berharga dan sedikit sebanyak menyuntik suasana realiti kehidupan yang bakal ditempuh selepas ini. Narah dan anggota SIFE lain sgt menghargai peluang yang diberi oleh En.Reduan, kak Syalina dan kak Ida Rizyani terhadap SIFE UMP. Semoga dengan serba sedikit pengalaman ini bakal menjadikan narah lebih confident untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan bole tolong papa narah handle company. Everything will take time and efforts. Sama ada kt Nak ke X Nak?
2 comments:
Salam....
Bagus...bagi motivasi kepada mereka diluar sana yag benar2 ingin berjaya dalam hidup....
wsalam
insyallah..selagi jasad masih bernyawa, nad akan selalu bekalkan blog2 yg penuh ngan nasihat dan dorongan. Ekk..ye ke narah ni..biar betul..hoho
Post a Comment