Thursday, June 4, 2009

SIFE

Pasti ramai yang tertanya2..SIFE tue mende..tapi before that, pronunciation sife bkn dengan dengan menyebut sifier atau lebih kepada sebutan melayu sIfE, tetapi sebutannya lebih kepada sebutan terus SIFE..kire cara sebutan omputih.. okay izinkan narah explain briefly what is SIFE actually.

SIFE adalah singkatan daripada Student In Free Enterprise.Ia adalah sebuah badan atau kelab yang lebih kurang macam kelab usahawan tetapi bertaraf antarabangsa. Kelab SIFE memiliki banyak cawangan di seluruh dunia dan setiap tahun akan diadakan pertandingan antara ahli SIFE atau lebih dikenali sebagai SIFERS di seluruh dunia.
Pertandingan tersebut akan mengumpulkan team dari setiap universiti di sesebuah negara di seluruh dunia untuk mepersembahkan hasil projek yang menyumbang kebaikan pada komuniti setempat.

Selaras dengan motonya 'a head for business, a heart for the world', SIFE berkoloborasi dengan pemimpin dalam bisnes mahupun pendidikan untuk mengubah sesebuah komuniti disamping membentuk skill ahli SIFE untuk menjadi seorang pemimpin mahupun ahli perniagaan yang bertanggungjawab dan berkeyakinan.

SIFE banyak mengubah kehidupan dan meningkatkan produktiviti komuniti di kawasan pedalaman dengan mengadakan projek melibatkan syarikat2 ternama di seluruh dunia. Tambahan pula, kelab ini banyak membabitkan penglibatan pelajar universiti.

Disini narah ingin berkongsi pengalaman menyertai SIFE conference di Intekma Resort UiTM Shah Alam.

Sepatutnya narah dan Neoh Boon Yeong yang akan pergi conference tersebut..tetapi apakan daya, disebabkan masalah teknikal, Neoh x dapat nak join dan narah terpaksa juga pergi seorang diri bertolak dari Gambang ke Shah Alam.huhu..tapi nasib baik ada dua abg ni dengan driver sekali.. saudara tersebut adalah abg hafizi dan abg taufiq..diorg mmg nice and ambil berat..lgpun diorg trip ke FRIM while, narah lak trip ke UiTM. Kami pun bertukar nombor supaya dpt balik sekali. Yelah, lagipun narah seorang je perempuan. Mestilah takut kalu naik dua org jea dengan driver tersebut. Dengan driver pun sama, tukar nombor sbb takut nt die lupa lak nak ambil kt balik..huhu..Tapi alhamdulillah nasib baik semua yang accompanied narah ni very nice and x la rasa takut sgt..

Walaubagaimanapun, setengah hari di sana banyak mendedahkan pada narah apa sebenarnya SIFE. Tapikan, yang paling syoknya dapat makan free..hihih..makanan die, FUHh first class kt ckp korang..sedap habis la..sampai sekarang masih terbayang..hehe

Ini antara the top person in SIFE


Encik Zul the head of SIFE Malaysia


Mr.Michael the representative of Money Tree Company


Michael jugak, tp die nie Malaysian yang study kat New Zealand x silap n wakil SIFE kat sana.

Overall half day kat sana mmg best. Dapat kenalan baru..diorg semua mmg socially active. Really peramah and bergaya..rasa macam mengkarung pun ada bila jumpa diorg semua..tp bila join SIFE ni sedikit sebanyak alhamdulillah dapat membina sedikit sebanyak keyakinan diri..Masa balik pun okay coz MPP semua pun ambil van yg sama nak balik ke UMP. lg satu dapat berkenalan dgn kak aimie MPP..Siap borak sampaila sampai ke UMP.. tukar nombor dgn dia gak..kire trip yg sekejap sebenarnye memperkenalkan narah pada ramai org..and I'm glad to add more friends..

As we grow, we learn and add friends (^_^)

9 comments:

Fadzrul Hisyam said...

SIFU mcm mane lak tuh?

Nadzirah said...

haha.
SIFU tue mcm mentor.
ke hisyam ada maksud laen?

Fadzrul Hisyam said...

ade...[S]aya [I]ni [F]abulous [U]-tau?

hehehe

Nadzirah said...

haha. lol. mana aci dow. Huruf 'u' tue x kena. u tue ayat belakang..haha

Fadzrul Hisyam said...

haha...
aci kat kedai...tak pon cari kat india
lalala~~~

Nadzirah said...

Kedai mana? jarang p kedai ada aci. hehe. kalu hisyam ble support g India bgus gak. haha

Fadzrul Hisyam said...

loh...pegi kedai org melayu
cer g kedai org india ke, mamak ke
banyak aci...

aci muda2 pon ade...
adik manis juga (anak dara mereka)
hik3x

*wink*wink*

Nadzirah said...

haha. x mo aci.
mau yg kacak2. muka ada iras2 iker casillas. ada ke? haha

Fadzrul Hisyam said...

ade...ade...
sayangnye hujung2 season La Liga dia byk lepas gol la plak...